Pengundi memuji Suruhanjaya Pilihan Raya kerana berjaya melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) yang sistematik di semua pusat mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hari ini.
Kebanyakan pengundi yang ditemui memberikan reaksi yang positif apabila melihat SOP sangat teratur dan pengundi berasa selamat ketika membuang undi.
Rata-rata pengundi berkata mereka kagum dengan cara proses pengundian dijalankan dan SPR harus dipuji.
Terdahulu, Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh melawat dua pusat pengundian bagi memastikan kelancaran proses pengundian serta pematuhan SOP dalam kalangan pengundi.
Pengundian bagi pilihan raya negeri Melaka bermula jam 8 pagi Sabtu (20 Nov) dengan pembukaan 217 pusat pengundian melibatkan 1,109 saluran.
Proses itu melibatkan 476,037 pemilih biasa daripada 495,195 pemilih berdaftar, diuruskan seramai 12,290 petugas pilihan raya di 28 DUN.
Discussion about this post