Kerajaan Perak mengumumkan pemberian bonus RM1,000 sempena Aidilfitri kepada penjawat awam negeri itu.
Namun, ia hanya akan dibayar pada 20 Mei, iaitu selepas sambutan Aidilfitri yang dijangka pada 13 Mei.
Menteri Besar Perak Saarani Mohamad, berkata ia diberikan pada masa itu kerana mengambil kira penjawat awam sudah menerima gaji bagi April dan Mei sebelum Hari Raya.
“Gaji bagi Mei pula dibayar awal iaitu pada 6 Mei. Kalau kita bagi juga (bonus) sebelum raya, habis semua (wang) sekali (dibelanjakan),” katanya ketika ditemui pada Program Bubur Lambuk bersama Menteri Besar Perak anjuran Gabungan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Kerani dan Bersekutu (AUEGCAS) Perak.
Discussion about this post