Perhimpunan UMNO Khas yang akan diadakan Ahad ini adalah satu platform yang terbaik untuk memutuskan supaya pemilihan parti wajar diadakan sebelum atau selepas pilihan raya umum.
Menurut Ketua UMNO Bahagian Jasin, Datuk Wira Hasan Abd Rahman dengan adanya perhimpunan khas ini akan memberi ruang kepada perwakilan untuk suarakan pendapat dan pandangan kepada pucuk pimpinan sebelum membuat sesuatu ketetapan.
“Sebagai ahli parti saya amat bersetuju supaya UMNO mengadakan EGM ini pada 15 Mei nanti kerana ia sudah pasti satu platform yang sesuai untuk kita memutuskan sama ada parti akan mengadakan pemilihannya sebelum pilihan raya ataupun selepas pilihanraya.
“Seperti yang sedia maklum ramai majoriti ahli parti bersetuju bahawa pemilihan parti diadakan selewat lewatnya 6 bulan selepas PRU ke-15 nanti dan itulah ia yang sepatutnya kerana kita lebih setuju supaya pilihanraya diadakan,” katanya kepada BN Comms.
Tambah beliau ketika Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini juga sudah dipersetujui namun perhimpunan kali ini usul yang akan dibawa lebih fokus kepada satu isu sahaja.
“Ini pun yang telah dipersetujui oleh perwakilan masa kita mengadakan persidangan UMNO di Dewan Merdeka baru-baru ini.
“EGM ini bagi kita membawa usul bagi membina peraturan perlembagaan kita untuk membolehkan pemilihan parti diadakan selepas PRU nanti,” ujarnya lagi.
Sehubungan itu beliau menyeru agar semua perwakilan hadir Ahad ini.
“Marilah kita datang beramai-ramai semua perwakilan yang hadir masa persidangan Agung Kembali ke World Trade Centre pada 15 haribulan ini.”
Discussion about this post