Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN Comms), Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah mengimbas kembali peristiwa 9 Mei 2018 dimana ketika itu menyaksikan Barisan Nasional (BN) kalah dalam Pilihan Raya Umum ke 14.
“9 Mei 2018 mengubah landskap politik negara.
“Saya menang di Kawasan Parlimen Lenggong, beberapa lagi rakan UMNO BN juga menang namun ramai kalah yang akhirnya menyebabkan BN hilang kuasa selepas lebih 60 tahun memerintah,” ujar Shamsul menerusi posting di Facebook rasminya.
Shamsul berkata, kekalahan yang berlaku pada ketika itu sekaligus membuatkan BN kehilangan kuasa serta merta setelah lebih 60 tahun memerintah.
Menurut Shamsul, Pakatan Harapan (PH) yang mengambil alih kuasa memegang kerajaan selama 22 bulan telah menyebabkan rakyat Malaysia merana akibat pelbagai kerosakkan yang dilakukan.
“Kerajaan PH bertukar, kemudian 17 bulan di bawah Perikatan Nasional (PN) dan sekarang BN sebagai Perdana Menteri dibawah Kerajaan gabungan BN+PN+GPS,” ujar Shamsul.
Shamsul turut menegaskan agar BN perlu kembali berkuasa penuh walaupun sedang mengetuai kerajaan ketika ini agar supaya lebih stabil dan diyakini oleh rakyat.
Hal ini demi mengelakkan berulangnya kembali peristiwa 9 Mei dan perlu menjadikan ianya sebagai pengajaran untuk Malaysia dan rakyat mesti memegang mandat semula dan menentukan masa depan mereka.
“Biar rakyat yang tentukan masa depan mereka supaya lebih baik dan pilih Kerajaan yang mampu stabilkan negara ini. Pilihannya ialah Barisan Nasional,” tegas Shamsul lagi.
Discussion about this post