Meskipun kemenangan tidak berpihak kepada Barisan Nasional (BN) di Wangsa Maju, namun perjuangan UMNO di kawasan tersebut akan tetap diteruskan.
Ketua UMNO Bahagian, Datuk Seri Dr Mohd Shafei Abdullah berkata, kekalahan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak menghalang parti untuk terus berkhidmat pada rakyat di kawasan itu.
“Saya menghargai setiap usaha dan perjuangan setiap ahli UMNO Wangsa Maju. Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang PRU-15 berlangsung,” kata Shafei dalam satu hantaran di Facebooknya.
Beliau berkata demikian selepas majlis makan malam yang diadakan bersama ahli UMNO Wangsa Maju dan menyaksikan kehadiran penuh ahli parti tersebut.
“Walaupun makan malam ini diadakan dengan tempoh notis yang singkat dan UMNO Wangsa Maju di uji dengan kekalahan PRU-15 tetapi alhamdulillah kehadiran penuh.
“Perjuangan kita tidak terhenti disini. Bersama lah kita terus membela Agama ,Bangsa dan Negara,” tambahnya lagi.
Dalam masa yang sama, beliau menyeru kepada ahli UMNO di Wangsa Maju untuk terus berlapang dada dalam mendepani cabaran politik dan bersatu hati demi mengukuhkan parti UMNO.
Discussion about this post