Kanak-kanak autism merupakan individu istimewa yang perlu kita utamakan dan dijaga dengan penuh kasih sayang tanpa perlu mendiskriminasikan mereka.
Pengerusi Barisan Nasional Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan perasaan kagum buat semua ibubapa, dan penjaga anak autism kerana pelbagai cabaran yang dihadapi dalam membesarkan anak autisme ini.
“Saya mengerti kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak autism ini tidak pernah luntur”
“Pengorbanan dalam menjaga mereka adalah pahala. Menjaga anak-anak syurga tanpa pernah mengenal erti penat lelah dan penuh kesabaran” katanya dalam hantaran Facebooknya hari ini.
Tambah beliau lagi, tahap kesedaran dan kepekaan masyarakat Malaysia tentang autisme semakin bertambah saban hari.
Justeru, fokus kepada peluang golongan autisme dalam apa jua bidang selepas persekolahan perlu terus diperkasakan.
Umum mengetahui bahawa anak-anak autism ini ada kelebihan yang mungkin kita tidak sedari.
Maka didik dan garaplah mereka dengan penuh kasih dan saying tanpa mengabaikan apatah lagi mendiskriminasi mereka.
Discussion about this post