Peruntukan bernilai RM13,068,862 bagi membiayai pendidikan pra sekolah kanak-kanak India B40.
Itu kata Menteri Perpaduan Negara Malaysia, Datuk Halimah Mohamed Sadique dimana ianya melibatkan kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun melalui Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA).
“Pagi ini saya hadir menyampaikan geran peruntukkan bernilai RM13,068,862 dan selaras dengan usaha Kerajaan bagi meringankan beban kewangan Keluarga Malaysia,” ujarnya menerusi posting di Facebook.
Menurut Halimah Mohamed, peruntukan tersebut akan memberi manfaat kepada 5,164 orang kanak-kanak dan juga ibu bapa dari masyarakat India golongan B40
Dalam masa yang sama, ianya juga meliputi pembiayaan yuran pendidikan bagi sesi persekolahan tahun 2022/2023 yang bermula mulai Mac 2022 sehingga Februari 2023.
“Geran peruntukkan ini disalurkan melalui lima organisasi yang melibatkan 214 prasekolah di sembilan negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Kuala Lumpur.
Turut hadir ketika penyampaian geran peruntukan tersebut ialah Setiausaha Bahagian Kanan Pengurusan Kementerian Perpaduan Negara, Pn Zahariah Mohd Sarif, Pengarah Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) En Raveendran Nair A/L Kesavan Nair, dan Setiausaha Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa Kementerian Perpaduan Negara. En Mohamad Sobri Mat Daud.
Discussion about this post