Setiap tahun menjelang Aidilfitri seluruh pelusuk kampung di Bagan Serai pasti akan diterangi cahaya pelita sempena ‘Pesta Panjut’.
Pesta yang dianjurkan oleh Pemuda UMNO Bahagian Bagan Serai ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan oleh masyarakat setempat.
Menurut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bagan Serai, Nazirul Jamaluddin tahun ini merupakan tahun ke 3 penganjuran pesta ini dan menerima sumbangan hampir RM15,000.
“Alhamdulillah tahun ini kemeriahan lebih luar biasa kerana kita sudah berada dalam fasa peralihan endemik. 16 kampung dan taman menyertai pesta tahun ini.
“Kami di Pemuda UMNO Bagan Serai ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada pimpinan UMNO Bahagian terutama ucapan jutaan terima kasih buat ayahanda Ketua UMNO Bahagian YB Dato’ Sham Mat Sahat yang telah memberi sumbangan hadiah berupa wang tunai dengan jumlah keseluruhan hadiah mencecah RM14,500.00.
“Tidak cukup dengan itu, kita juga memberikan sumbangan tambahan serta pakej subsidi minyak tanah dan pelita bernilai RM1000,” katanya.
Kemeriahan Pesta Panjut Bagan Serai tahun ini turut tidak melupakan keadilan untuk adik Bella. Semoga setiap daripada doa untuk pembelaan ke atas adik Bella dimakbul dan si pendera dihukum dengan adil.
Discussion about this post