Tidak sampai 48 jam, rakyat di negeri Johor bakal mengundi serta menentukan keputusan akhir dalam Pilihan Raya Negeri Johor ke-15 ini.
Ketua Pengarah Komunikasi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah menegaskan kestabilan politik adalah kunci dalam memastikan kesejahteraan dan kemajuan ekonomi negeri berada di landasan yang betul.
“Tanggungjawab pemimpin adalah untuk membela rakyat, kerajaan yang bakal mengemudi di Johor ini perlu mempunyai haluan politik yang sama.
“Jika dilihat parti lain tidak menggunakan simbol parti yang selaras seperti mana Barisan Nasional (BN), ini menunjukkan tiada kesepakatan di antara mereka.
“Jika perkara kecil sebegini pun tidak sepakat, saya risau jika mereka diberikan mandat nanti, pemerintahan menjadi tidak terurus, ini akan memberi kesan buruk kepada rakyat.
“Antara semua parti politik, Barisan Nasional yang paling stabil dari segi dalamannya, serta konsisten sejak awal penubuhan, jadi pilihlah biru yang ori (BN),” katanya.
Jelasnya, parti BN mampu menawarkan perkhidmatan terbaik serta dapat mentadbir negeri Johor secara lebih tersusun melalui 5 teras utama ‘Ikhtiar BN Johor’.
“Hanya BN mampu mentadbir dan membangunkan johor dengan baik dan sehingga hari ini, pergerakan kempen juga bergerak dengan lancar, namun dinasihatkan kepada semua calon supaya jangan cepat berpuas hati kerana perlu berjuang sehingga ke saat-saat akhir dalam kemenangan BN pada 12 Mac nanti,” katanya.
Discussion about this post