Sempena Hari UMNO ke 76 hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Sabri Ismail Yaakob menyeru kepada parti tersebut agar sentiasa berbakti kepada rakyat tanpa mengira kaum.
“Hari ini, genap 76 tahun UMNO menjadi sebuah wadah perjuangan orang Melayu dan nakhoda yang senantiasa menabur bakti kepada seluruh masyarakat tanpa mengira kaum,” kata Ismail menerusi posting di Facebook rasminya.
Mengimbas kembali penubuhan, UMNO sebelum ini merupakan parti yang lahir selepas Malayan Union dibubarkan pada 1 Mei 1946 berikutan kaum Melayu ketika itu membangkang rancangan kerajaan British sekeras-kerasnya.
Pada 11 Mei 1946, hasil usaha orang-orang Melayu dan penubuhan-penubuhan Melayu, parti UMNO akhirnya telah diluluskan dan lahir secara rasmi.
Dalam pada itu, Ismail meletakkan harapan yang tinggi agar UMNO akan terus menjalankan tugas untuk melindungi dan menjaga semua masyarakat di negara.
“Kepada seluruh ahli UMNO, bersama-sama kita meneruskan perjuangan memartabatkan agama, bangsa dan tanah air,” tegas Ismail lagi.
Discussion about this post