Perdana Mneteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan kadar dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera ( LTAT) sebanyak 4.1 peratus
yang mengumumkan Kadar dividen tahun 2021 itu berkata dividen ini merupakan yang tertinggi sejak tampuk kepimpinan Kerajaan bertukar tangan pada tahun 2018.
Ismail yang berucap di majlis pelancaran rumah keluarga Malaysia Angkatan Tentera (RKMAT) kem Segamat berkata dari sudut pendapatan bagi tahun kewangan 2021 pula, beliau memaklumkan bahawa LTAT telah mencatatkan peningkatan pendapatan kasar sebanyak 50.2 peratus kepada RM512.3 juta berbanding RM341.1 juta yang dicatatkan pada tahun 2020.
“Setinggi-tinggi penghargaan khususnya kepada pasukan LTAT di bawah kepimpinan Pengerusinya, Tan Sri Raja Mohammed Affendi Mohd Noor serta Ketua Eksekutifnya, Dato’ Nazim Rahman atas pencapaian ini, terutama dalam memastikan objektif Pelan Transformasi LTAT berada pada landasan yang baik,” katanya.
Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudin Tun Husein Onn, Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Muhamad serta panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato Seri Zambrose Mohd Zain.
Dalam pada itu Tambah Perdana Menteri lagi MINDEF telah meluluskan pembinaan Kem Segamat Fasa 2, dengan dilengkapi lebih banyak fasiliti dan kemudahan.
“Ia juga bakal melengkapkan keseluruhan fungsi Kem Segamat, dan antara fasiliti serta kemudahan yang akan dibina di bawah Fasa 2.
“Pembinaan Bangunan Gunasama seperti Wisma Perwira, Wisma Bintara; Pusat Perubatan Angkatan Tentera; Blok Kediaman Pegawai dan Blok Kediaman PTTK; Bateri Markas, Bateri Meriam Pejabat Latih; dan Kompleks Garaj Meriam, Kompleks Logistik dan Kompleks Kenderaan.
Tambah Ismail lagi, beliau mahu MINDEF, ATM, LTAT dan semua stakeholders kekal bekerjasama rapat demi matlamat yang sama iaitu kepentingan, kebajikan dan kesejahteraan anggota, veteran ATM dan ahli keluarga mereka.
Discussion about this post