Polis sedang menyiasat aduan seorang wanita AMANAH yang didakwa dikasari, manakala adik perempuannya ditumbuk seorang lelaki dalam satu mesyuarat parti itu di Teluk Intan, Perak.
Siasatan dibuat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, kata Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner (ACP) Kamarudin Mat Salleh mengesahkan pihaknya telah menerima laporan itu.
Sementara itu, Facebook AWAN Teluk Intan memuatnaik aduan berkaitan insiden tersebut yang berlaku di Hotel Rivertel pada 14 Oktober lalu.
Aduan itu menyebut Ketua Angkatan Wanita AMANAH (AWAN) Teluk Intan telah ditolak sehingga jatuh oleh seorang individu
“Berlaku pergelutan kecil kerana kami tidak puas hati dengan tindakan indvidu yang telah menolak Ketua AWAN Teluk Intan sehingga jatuh.
individu berkenaan juga telah menumbuk muka Naib Ketua AMANAH Teluk Intan sehingga menyebabkan kecederaan di muka,” dipetik dari aduan tersebut.
Discussion about this post