Institusi parti yang stabil seperti UMNO tidak memerlukan Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melakukan rundingan untuk melantik 13 orang dalam Majlis Kerja Tertinggi.
Ujar Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang mengulas lanjut keperluan melantik 13 ahli memerlukan rundingan Presiden bersama Timbalan begitu juga Ketua Bahagian dengan Timbalannya.
“Dalam UMNO, Presiden berhak melantik 13 orang dalam Majlis Kerja Tertingginya. Badan teratas dalam pembuatan keputusan. (Termasuk SUA, Bendahari dan Ketua Penerangan) Angka 13 adalah separuh dari 25 orang ahli MKT yang dipilih dalam proses pemilihan seluruh negara,” katanya menerusi posting di Facebook.
Shabery Cheek berkata, perlantikan yang dilakukan Presiden bersama Ketua Bahagian menjadikan parti yang kuat dan diharapkan untuk mempertahankan ketua yang melantik mereka maka jika ada perbezaan, hal tersebut perlu dirunding dengan orang yang melantik mereka.
Hal itu akan tidak akan terzahir pada umum yang boleh menjadikan senjata menjatuhkan sesebuah parti dan keputusan mengundurkan diri boleh dilakukan jika ada yang tidak bersetuju.
“Kaedah ini sama dalam mana-mana organisasi. Pernah bercakap dengan seorang Ketua Pengarang akhbar penegak kebebasan kewartawanan. Dia pun setuju wartawan akhbarnya mesti ikut kehendak Ketua Pengarang dan tak boleh mengkritik sesuka hati akhbarnya dengan menulis di akhbar lain,” kata Shabery Cheek.
Dalam kenyataannya juga menekankan mengenai uniknya apabila berada dalam demokrasi yang mempunyai perbezaan dengan anarki dimana anarki merupakan sistem pemerintahan yang tidak boleh dikawal oleh sesiapa.
“Anarki pemerintahan yang tidak ada siapa boleh mengawal sesiapa dan sesiapa pun boleh apa buat sahaja tanpa menghiraukan sesiapa atau apa-apa,” tegasnya lagi.
Discussion about this post