Pilihanraya Negeri Johor yang bakal diadakan adalah peluang rakyat untuk menentukan pemimpin sebenar berdasarkan pentadbiran kerajaan negeri yang lalu, kata Bendahari UMNO Datuk Seri Tengku Adnan.
Menurut Ahli Parlimen Putrajaya itu, usaha memburukkan UMNO-BN yang kononnya gila kuasa, menyusahkan rakyat, berniat untuk lepaskan ‘kluster mahkamah’ adalah tidak benar sama sekali.
Hakikatnya adalah kita perlu akur dengan Perlembangaan dan yakin dengan keluhuran undang-undang.
“Hitung sendirilah berapa kali kerajaan bertukar ganti, dari PH yang haloba kepada PN yang caca marba hanya kerana tidak tahu mentadbir.
“UMNO-BN konsisten dengan menyokong pelaksanaan demokrasi dan yakin bahawa pilihan rakyat adalah yang terbaik,”
Tambah beliau, PRN diadakan untuk mendapatkan mandat penuh dari rakyat. Hal ini amat penting bagi meneruskan pentadbiran dalam mana-mana kerajaan sekalipun.
“Biarlah rakyat memilih dan mana-mana parti politik yang berhasrat untuk bertanding, maka kita tunggulah pengumuman dari SPR nanti,” katanya menerusi catatan di Facebook.
UMNO-BN mahukan kerajaan yang stabil iaitu mempunyai mandat penuh secara demokrasi kerana ia akan dapat merencana usaha pembangunan dan kemajuan secara mutlak tanpa berdepan dengan tentangan ideologi berbeza pihak lain.
Selain itu beliau menyeru agar semua pihak berfikir secara rasional dan tidak terpengaruh dengan agenda jahat memburukkan UMNO/BN.
Katanya, mbas semula apa yang berlaku sebelum PRU-14 dan selepas itu. Ingat kembali janji-janji PH semasa mereka berkempen dan hal-hal yang terkandung dalam manifesto mereka.
Kemudian, bandingkan dengan apa yang berlaku selepas rakyat memberi mandat kepada mereka, bagaimana pentadbiran mereka semasa menerajui Negeri Johor, malah sewaktu mengurus kerajaan Persekutuan.
Oleh itu beliau berharap agar rakyat Johor memilih pemimpin yang tepat. Jangan lupa onar yang dibuat untuk agama, bangsa dan negara kita.
Discussion about this post