PRN JOHOR MENAWARKAN LEBIH 7 PARTI, PENGUNDI JOHOR JANGAN TERTIPU MEREKA YANG BERDNA PH. JOHOR INI RUMAH KITA.
1. Membariskan 14 calon anak muda dari 56 calon BN pada hari penamaan calon bagi PRN Johor kali ini membuktikan bahawa BN amat serius dengan gagasan #kestabilanmasadepan yang berterusan di negeri itu. Selain itu dengan membariskan lebih 70% muka baru dengan kepelbagaian latar belakang membuktikan konsistensi BN mempersembahkan rejunivasi parti untuk kembali menjadi pilihan utama pengundi bangsa Johor.
2. Sebaliknya, PH yang berpecah kepada 6 ‘varian DNA’ didahului PN, PKR, PEJUANG,MUDA, WARISAN dan PBM membuktikan kebobrokan parti-parti yang tidak sepakat, mendedahkan niat mereka yang hanya berkiblatkan kuasa. Mereka ini berjuang untuk kepentingan sendiri, bukan untuk sebuah kesejahteraan rakyat negeri Johor.
3. Kerana itulah Pemuda UMNO percaya Pengundi Negeri Johor mampu membuat pertimbangan yang bijaksana dalam memilih kerajaan yang terbaik. Sebuah pentadbiran yang mampu kembali memqkmurkan Johor dan segala isinya.
4. Namun, kita tidak akan memandang mudah PRN Johor dan akan fokus bagi menjejak dan memenangi hati 750,000 pengundi 18 dan automatik yang bakal mengundi buat kali pertama dalam edisi piliharaya yang penuh dinamika pada 12 Mac nanti.
5. Kita akan turun dengan jentera “full force” dari seluruh negara di setiap PDM seluruh Johor dengan misi menyakinkan mereka bahawa negeri Johor amat memerlukan kestabilan politik dan hanya BN yang mampu memberikannya. Ini bukan retorik dan omongan kosong tapi kita punyai landasan rekod yang mendokong cita cita ini.
6. Tawaran BN dengan kembali membariskan Dato Haji Hasni Mohamad selaku ‘budak poster’ BN sebagai calon MB telah mendapat perkenan istana Johor. Beliau mempunyai ‘wow factor’ tersendiri didokong pasukan yang terangkum dari pelbagai latarbelakang, berintegriti, berpengalaman dan beridealisme baru penuh kharisma adalah kombinasi terbaik. Kita tidak berminat menjual sentimen dan politik ‘adu domba’ untuk meraih undi tapi menjanjikan khidmat yang lebih segar kepada Bangsa Johor.
7. Buat Bangsa Johor yang bakal mengundi khususnya anak-anak muda, usah lagi biarkan diri anda tertipu dengan PH dan parti yang berasal dari DNA yang serupa.
Cukuplah Sekali! Johor ini rumah kita!
Mari kita pastikan pada 12 Mac nanti, kita cipta kembali masa depan Bangsa Johor yang stabil dan gemilang!
#Kestabilanmasadepan
#Cukuplahsekali
#Johorinirumahkita
Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri
Pengarah Komunikasi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
27Feb 2022.
Discussion about this post