Tukar video yang disunting yang menunjukkan seolah-oleh Timbalan Presiden UMNO yang juga pengarah PRN Melaka mengatakan bahawa Malaysia bukan negara Islam. Malaysia Negara majmuk, pelbagai kaum.
Negara Islam yang bagaimana kita mahukan sebenarnya? Seperti yang ada di Kelantan atau pemimpin Islam yang siapa harus kita jadikan role model sebenarnya? Seperti Azmin Ali?
Selama 60 tahun UMNO-BN memerintah negara, inklusif sosial melibatkan pelbagai kaum tidak pernah sesekali diketepikan atas nama agama. Pemikiran jumud yang melihatkan semua perkara dalam kancah fahaman agama yang sempit adalah punca kepada pelbagai isu ketegangan antara kaum dinegara ini. Selama 60 tahun, negara ini makmur dan maju tanpa kacau bilau sentimen agama seperti apa yang sering terjadi dibeberapa negara lain.
Jika benar UMNO-BN ketepikan agama Islam dalam pentadbirannya, mustahil Malaysia hari ini mampu berdiri sebagai sebuah negara Islam yang berdaya saing dalam semua sektor. Hanya selepas pentadbiran negara diambil alih oleh PH dah kemudiannya diikuti oleh PN, Islam itu sendiri menjadi caca marba. Perlantikan Tommy Thomas itu sendiri sesuatu yang mengetepikan kedaulatan Melayu Islam. Kerajaan manakah yang melantik individu ini sebagai Peguam Negara? Siapakah Menteri Dalam Negeri ketika itu?
Malaysia milik semua seperti mana UMNO-BN milik semua. Jika UMNO-BN memerintah berdasarkan ras, agama dan warna kulit, kemungkinan hari ini mustahil untuk kita mengakui betapa uniknya kesepaduan sosial yang berjaya dicapai dalam tempoh masa 60 tahun rakyat Malaysia bersama UMNO-BN.
Usah kita beretorik kerajaan Melayu sahaja sedangkan kita perlu hidup aman dan damai bersama kaum-kaum lain. Sesungguhnya masyarakat majmuk adalah kunci Kemakmuran Malaysia. Dan inilah yang menjadi pegangan kerajaan UMNO-BN selama ini dan akan terus menjadi pegangan selamanya tanpa prejudiskan kedaulatan Islam.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) daripada kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 256)
Islam memberi kebebasan memilih akidah serta menjamin kebebasan sepenuhnya menerusi nas yang putus dan qat’iy seolah-olah kebebasan diberi itu tidak boleh dicabar atau diceroboh oleh sesiapa, biarpun dia seorang nabi atau pemimpin yang berkaliber.
Firman Allah: (maksudnya) “Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya. (Surah al-Hujurat: 13).
Sayyid Qutb dalam menafsirkan ayat ini: “Penciptaan manusia berbagai bangsa dan suku puak bukan untuk berperang dan bergaduh, tetapi untuk berkenalan dan bermuwafakat. Perbezaan bahasa, warna kulit, tabiat, perangai, kelebihan dan kemampuan adalah kepelbagaian yang bukan bertujuan untuk perbalahan dan perkelahian. Sebaliknya, untuk bantu membantu dalam menunai tanggungjawab dan keperluan. Tiada bagi warna kulit, jenis bangsa, bahasa, negara segalanya itu nilai dalam timbangan Allah.
Maka siapa UMNO-BN mahu mahu menghukum kaum dan agama lain sedangkan agama Islam sendiri menganjurkan kesepaduan kaum demi keamanan. Fikirkanlah!
– FB Raziq Michael
Discussion about this post