Tuesday, December 1, 2020

    PRN Sabah : 41 peratus keluar mengundi setakat 12 tengah hari – SPR

    Pengerusi Barisan Nasional turut memantau perkembangan terkini perjalan proses PRN Dari Kediaman Ekoran perintah kuarantin

    50
    SHARES
    262
    VIEWS
    Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah setakat pukul 12 Tengah hari adalah 41 peratus.

    Assalamualaikum Warahmtullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera,

    Statistik Keluar Mengundi Biasa Bagi Pilihan Raya Umum…

    Posted by Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia – SPR on Friday, September 25, 2020 

    Jumlah itu meningkat berbanding 32 peratus pada 11 pagi seperti diumumkan Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh sebentar tadi.

    Terdahulu Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, mengikut data SPR, trend peratusan purata keluar mengundi adalah antara 10 ke 11 peratus setiap jam.

    BACA JUGA

    “Untuk satu jam pertama selepas pusat mengundi dibuka ialah 11 peratus diikuti jam kedua 22 peratus. Oleh itu, kita nampak dia purata peratusan yang keluar mengundi setiap jam ialah 10 ke 11 peratus.

    “Sehubungan itu, saya menyeru para pengundi untuk keluar mengundi kerana ada lebih kurang empat jam lagi sebelum pusat mengundi ditutup,” katanya.

    Dalam pada itu, Pengerusi Barisan Nasional, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut memantau perkembangan perjalanan proses pembuangan undi dari kediamannya ekoran perintah untuk menjalani kuarantin di rumah selepas beberapa pimpinan UMNO disahkan dijangkiti Covid-19.

    Beliau yang memuat naik status di laman Facebook itu berkata ” Oleh kerana kuarantin, saya memantau dari rumah segala perkembangan terbaharu mengenai hari mengundi PRN Sabah”

    SPR menyasarkan antara 70 hingga 75 peratus pengundi menunaikan tanggungjawab mereka sehingga pusat pengundian ditutup sepenuhnya pada 5 petang ini.

    Sebanyak 2,540 saluran di 741 pusat mengundi dibuka di semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan rakyat Sabah memilih kerajaan baharu pada PRN ke-16.

    Proses pengundian yang melibatkan 1,088,711 daripada 1,103,646 pengundi biasa, dikendalikan 17,257 petugas pilihan raya sehingga waktu mengundi tamat.

     

     

     

    Related Posts

    Next Post

    Discussion about this post

    BERITA TRENDING

    PILIHAN EDITOR

    Welcome Back!

    Login to your account below

    Create New Account!

    Fill the forms bellow to register

    Retrieve your password

    Please enter your username or email address to reset your password.

    Add New Playlist