Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN Comms), Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah meneruskan Program Sayangi Lenggong bersama dengan pelajar-pelajar di beberapa buah tahfiz sekitar Lenggong baru-baru ini.
“Jam 9.30 pagi, saya mengadakan kunjungan hormat ke Maahad Tahfiz Dan Kemukjizatan Al-Quran Pondok Air Jernih Gerik,” tulis Shamsul di posting Facebooknya.
Menurut Shamsul, Maahad yang dikunjung ini merupakan sebuah institusi pendidikan agama yang terbaik ada di kawasan Parlimen Lenggong selain Istana Perak turut mengambil berat tentangnya.
Selain itu, Dr Fahmi yang mengendalikan pondok ini merupakan seorang ilmuan agama dan pentadbirannya bersama guru-guru dan pimpinan masyarakat turut dipuji oleh Shamsul.
“Saya melawat, mendengar perkembangan terkini dan perancangan masa depannya. Wawasannya sangat jauh dan wajar disokong,” ujar Shamsul lagi.
Dalam pada itu, Shamsul juga berkesempatan menghadiri majlis yang sama di tempat berlainan iaitu di Maahad Tahfiz Al Hidayah Lawin dan juga di Sekolah Maahad Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong.
Sekolah Maahad Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong merupakan sekolah yang moden dibina oleh Kerajaan Negeri Perak yang terdapat di Lenggong.
“Saya memberi sedikit sumbangan kepada para pelajar di sekolah ini sempena Aidilfitri tahun ini,” ujar Shamsul lagi.
Discussion about this post