Projek 123 merupakan fokus atau agenda yang akan dilaksanakan UMNO dalam usaha mengembalikan parti itu sebagai peneraju di Malaysia.
Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ia mengandungi 3 aspek penting.
Salah satunya adalah terdiri daripada iltizam dan matlamat UMNO-BN untuk kembali menjadi kerajaan pada Pilihanraya Umum ke-15.
“Iltizam dan matlamat ini jelas. Namun, ia bukan sesuatu yang ringkas dan mudah. Yang bulat tidak akan datang bergolek, yang pipih tidak akan datang melayang, Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya,” katanya menerusi catatan di Facebook.
Tambah Pengerusi Barisan Nasional itu, bagi merealisasikannya, UMNO mesti menjadi parti yang didukung dan digerakkan oleh bakat-bakat terbaik.
Kerjasama ahli dan pemimpin UMNO mestilah erat dan padu serta ampuh.
Malah katanya, UMNO mesti menjadi parti yang mempunyai kecerdasan baharu untuk ditawarkan kepada negara ini secara keseluruhannya, bukan kepada orang Melayu sahaja.
UMNO akan memusatkan sumber, kekuatan serta perhatiannya untuk memastikan iltizam dan matlamat menjadi kerajaan semula ini akan berjaya.
“Saya menyeru sekalian masyarakat di luar sana untuk bersama-sama dalam misi besar UMNO ini. Marikah kita bersama-sama berusaha memberikan yang terbaik untuk negara.
“Esok saya akan mengupas aspek kedua pula, iaitu MENGUASAI KERAJAAN NEGERI DAN PERSEKUTUAN,” katanya.
Discussion about this post