Memutar belit cerita untuk memburukkan UMNO adalah kepakaran mereka.
Demikian ulasan oleh Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah yang menyelar cubaan media AsiaTimes memutarbelitkan kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.
“Hubungan Tok Mat dengan Datuk Seri Najib sangat baik. Jangan putar belit kenyataan beliau,” tegas Shamsul Anuar menerusi posting di Facebook rasminya.
Berikutan permainan licik yang dilakukan oleh AsiaTimes, Shamsul Anuar memberi peringatan kepada ahli UMNO serta pendokong parti untuk tidak termakan dengan taktik seperti ini dan sentiasa berhati-hati.
Hal ini kerana, ianya merupakan serangan dari pihak yang sengaja untuk memecah belahkan hubungan pemimpin parti UMNO-BN serta melemahkan kedudukan pemimpin yang menjadi akar kukuhnya sesebuah parti.
Sebelum ini, AsiaTimes yang berpangkalan di Hong Kong mengeluarkan berita mengenai kononnya Mohamad Hasan meminta Najib untuk dipenjarakan namun, ahli UMNO-BN lain tampil mempertahankan beliau sekaligus menunjukkan tidak termakan dengan helah media tersebut.
Discussion about this post