Radu Tetap Radu, Sabah Ubah Balik Bergema di majlis perlancaran jentera Barisan Nasional bagi menghadapi Pilihanraya Negeri Sabah yang bakal berlangsung tidak lama lagi
Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang telah melancarkan jentera BN di sini hari ini menandakan bahawa parti kini bersedia berdepan pelbagai cabaran dalam menoktahkan kemelut politik Sabah yang berlarutan sebelum ini.
Katanya Rakyat Sabah kini sangat merindui pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional yang terbukti dengan berkesan melalui “Track Rekod “ memajukan negeri Sabah.
” Kita tahu banyak pembangunan telah dibuat oleh BN Sabah, oleh kerana fitnah dan tohmah, maka kita melihat rakyat terpengaruh ”
Tetapi apabila perubahan kepada kerajaan negeri telah dibuat dengan kerajaan yang ada sekarang ini, rakyat Sabah menyesal dan rakyat Sabah mahu melihat Barisan Nasional kembali memerintah negeri Sabah ini ” tegasnya ketika berucap merasmikan jentera Barisan Nasional di gelanggang tenis berbumbung Marina Sutera Harbour Kota Kinabalu.
Dalam pada itu itu, Ahmad Zahid turut mengajak rakyat Sabah menukar kembali kerajaan Sabah kerana sepanjang pemerintahan Warisan Di Sabah, kadar pertumbuhan ekonomi negeri telah jatuh berbanding ketika di zaman pemerintahan BN.
” kerajaan tidak lagi mengutamakan pembangunan di sabah dengan penurunan pertumbuhan ekonomi sabah dalam tahun 2020 ini , mengikut rekod dalam tempoh 19 tahun muktahir ini, Kadar Pertumbuhan ekonomi pada tahun lalu cuma 0.5 % dan pada tahun 2018 ketika kerajaan yang ada sekarang ini mengambil alih kadarnya adalah 1.5% ”
” ketika Barisan Nasional menjadi Kerajaan Negeri Sabah, Pertumbuhan Ekonomi kita berada di tahap lebih daripada 8.2 % dan ini memperlihatkan bahawa Kerajaan yang memerintah Sabah ini tidak lagi memberikan keutamaan kepada pembangunan ekonomi di Negeri Sabah ” ujarnya lagi.
Mengulas mengenai apakah tawaran baharu untuk pengundi-pengundi di Sabah, Ahmad Zahid berkata BN Sabah telah membuat beberapa perincian mengenai tawaran baharu yang ditawarkan kepada penduduk Sabah sekiranya BN berjaya menubuhkan kerajaan yang diantaranya adalah untuk meningkatkan prasarana jalan raya serta kemudahan kesihatan dan tawaran kerja yang lebih baik.
“Saya akan memberitahu kepada Ketua Menteri yang baharu nanti untuk menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah agar mereka mempunyai kerja yang baik”
” Saya juga akan memberitahu kepada Ketua Menteri bahawa mana-mana pekerja, tenaga kerja di Sabah yang hilang pekerjaan mesti ada satu skim agar mereka diberikan latihan semula dan mereka diberikan peluang pekerjaan dan diberikan peluang kedua agar tenaga kerja di negeri ini dapat digunakan sepenuhnya dan ekonomi di negeri Sabah ini dapat dipertingkatkan semula dan ini akujanji baharu kerajaan Barisan Nasional katanya lagi
Hadir sama Pengerusi Barisan Nasional Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin bersama Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan; Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan; Timbalan Ketua UMNO Sabah, Datuk Yaakub Khan bersama barisan kepimpinan UMNO, MCA, PBRS, MIC Sabah dan ketua-ketua jentera Wanita, Pemuda dan Puteri seluruh negeri.
Terdahulu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Sept sebagai tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dengan tarikh penamaan calon pada 12 Sept manakala pengundian awal ditetapkan pada 22 Sept.
Discussion about this post