“Tidak tahu siapa yang akan menang nanti, namun saya bimbang sekiranya mereka yang tidak boleh diharap menang lagi dan mentadbir negeri ini,” itu luahan salah seorang penduduk di daerah ini.
Beliau yang berumur 75 tahun itu enggan namanya didedahkan berkata beliau tidak mahu keadaan sama berlaku sejak Mei 2018 yang lepas, keperihatinan kepada rakyat tiada lagi, bahkan pelbagai bantuan dipotong dan dihapuskan.
Beliau yang juga pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tandek itu bagaimanapun menzahirkan rasa syukur dengan kebangkitan semula Kerajaan Barisan Nasional dan terbentuknya kerajaan Perikatan Nasional yang banyak membantu rakyat terutamanya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Saya kurang senang dengan pemimpin pemimpin yang menentang bantuan bantuan yang disalurkan kepada rakyat, biarlah Kerajaan Persekutuan membantu rakyat di negeri ini, kerana itu yang kami orang susah ini harapkan.
“Walaupun baru beberapa bulan diberi mandat mentadbir negara, gabungan BN ini mampu mengubati sakit hati kami selepas 2018, dan berharap agar BN juga kembali mentadbir Sabah,” katanya.
Jelas beliau, tidak dinafikan Warisan ada membantu, tetapi mereka memilih kawasan, mana yang sokong mereka, itu yang diberi bantuan makanan sikit sikit.
Salah seorang lagi pengundi DUN Tandek yang dikenali sebagai Muhammad Syukur, 29 tahun berkata dia sangat berpuas hati dengan calon yang diletakkan oleh BN di kerusi DUN Tandek ini, iaitu calon paling muda dalam Pilihan Raya Negeri Sabah, Yillson Yanggun.
Syukur berkata, beliau berpuas hati kerana BN sememangnya parti pilihan, manakala Yillson yang merupakan anak jati Kota Marudu adalah calon yang sesuai dan calon pilihan.
Syukur menegaskan bahawa mana yang banyak membantu rakyat ketika PKP, itu yang akan disokong, kerana sudah terang lagi bersuluh, kerajaan itu mampu mentadbir dengan baik tanpa mengabaikan tanggungjawab terhadap rakyat.
Katanya, umur atau pengalaman bukan penghalang bagi kami sebagai pengundi, kami utamakan anak jati Kota Marudu, dan kerajaan yang banyak membantu semasa PKP.
katanya lagi, mustahil baginya untuk menyumbang bagi mengekalkan Kerajaan Negeri sebelum ini, kerana bantuan bantuan yang kami terima disalurkan daripada Kerajaan Persekutuan.
Discussion about this post