Orang Johor hanya mahukan kerajaan yang stabil dan tidak mahu banyak berpolitik.
Menteri Kesihatan yang juga Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berkata calon Barisan Nasional (BN) akan terus memanfaatkan baki seminggu untuk melakukan yang terbaik dalam PRN Johor.
“Kita di pihak BN akan manfaatkan seminggu yang ada sebab saya nampak ramai pengundi Johor nak kerajaan yang stabil.
“Itu sahaja yang mereka mahukan. Mereka tak nak banyak politik. Dalam keadaan tersebut kerajaan yang stabil memang kita fikirkan hanyalah kerajaan BN,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas melakukan walkabout bersama calon BN DUN Panti, Hahasrin Hashim di Kampung Lukut hari ini.
Khairy berkata setakat ini pematuhan SOP sepanjang kempen PRN Johor juga berlangsung dengan baik.
Katanya pihak KKM akan sentiasa keluarkan kompaun bagi mereka yang melanggar SOP termasuklah dari muat naik gambar dari media sosial sekiranya terbukti sahih.
Jelasnya sehingga kini juga semua parti pernah dikenakan kompaun.
“Secara keseluruhan nampak ok la, tak adalah nampak teruk sangat terhadap pematuhan SOP,” katanya lagi.
Discussion about this post