Rakyat kini boleh menilai PAS bukan seperti dahulu lagi, kata Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.
Beliau berkata demikian bagi mengulas lanjut kenyataan Ketua Penerangan PAS Pusat, Khairil Nizam Khirudin yang menyatakan parti itu tidak mengamalkan politik wang dan rasuah.
“Berhujah lah apapun. Bukti nyata telah dapat dilihat oleh semua terutama melalui sosial media,” tegas Shamsul dalam satu hantaran di Facebooknya.
Sebelum ini, Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata kepada media wang yang diberikan kepada pengundi sewaktu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu adalah berupa sedekah dan bukan rasuah.
“Kerana itu, yang pasti rakyat boleh menilai dan PAS bukan seperti dulu lagi,” tambah Shamsul lagi.
Discussion about this post