Rang Undang-Undang perbekalan 2021 lulus bacaan ketiga selepas undi secara belah bahagian menyaksikan seramai 111 Ahli Parlimen menyokong usul berkenaan berbanding 108 yang menentang.
Dewan Rakyat yang ditempohkan selama 10 minit sebelum undian belah bahagian bagi bacaan kali ketiga Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 itu dijalankan juga menyaksikan seorang ahli Parlimen tidak hadir untuk undian pada petang ini
Ini menyaksikan kerajaan Perikatan Nasional (PN) berjaya meluluskan pembentangan semua 27 kementerian di peringkat jawatankuasa meskipun sebelum ini dikhabarkan pembangkang Pakatan Harapan (PH) akan menguji semua kementerian dalam usaha untuk menggagalkannya.
Rang Undang-undang itu sudah diluluskan di peringkat dasar pada 26 November lalu menerusi undian suara majoriti, namun di peringkat jawatankuasa, beberapa kementerian terpaksa berdepan dengan undian belah bahagi.
Discussion about this post