Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata Bersatu perlu belajar daripada kesengsaraan yang dilalui UMNO apabila akaun parti itu dibekukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) sejak selepas Pilhanraya Umum ke-14 yang lalu.
Beliau berkata demikian susulan rintihan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merayu agar SPRM membatalkan pembekuan parti itu untuk membayar gaji para pekerjanya.
“Muhyiddin mohon supaya SPRM batalkan pembekuan akaun parti Bersatu. Alasannya parti itu akan sukar membayar gaji staf.
“Ini Muhyiddin kena belajar dengan UMNO. Sengsaranya UMNO bila akaun kena beku. Bertahun akaun UMNO kena beku,” katanya menerusi catatan di Facebook.
Menurut beliau, mustahil Muhyiddin tidak mempunyai sumber wang lain sedangkan bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mendakwa Muhyiddin memberi UMNO jutaan ringgit ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada tahun 2020.
“Mustahil Muhyiddin tidak ada duit lain. Tan Seri Annuar Musa dakwa dalam bilik hotel Muhyiddin di Sabah duit berlonggok,” jelasnya.
Dalam masa sama, Puad memberitahu, SPRM akhirnya telah menarik balik pembekuan akaun UMNO setelah bertahun-tahun parti itu membuat rayuan.
“Bertahun akaun UMNO kena beku. Baru dua hari lepas rayuan membekukan akaun UMNO ditarik balik,” katanya.
Discussion about this post