Masyarakat India di DUN Johor Lama dirayu agar mengundi dacing pada 12 Mac ini bagi merealisasikan usaha untuk menubuhkan kerajaan negeri yang stabil.
Calon Barisan Nasional (BN) DUN Johor Lama, Norliza Noh berkata tidak guna sekiranya beliau berjanji bermacam-macam dalam kempen namun sekiranya rakyat tidak mengundi BN apa yang diminta oleh masyarakat tidak akan dapat dilaksanakan.
“Kalau diberi mandat dalam PRN Johor 2022 ini, pertama kalau kita lihat di kawasan Kota Tinggi khususnya di DUN Johor Lama banyak kawasan kampung, Felda dan bandar yang mana terdapat tiga masyarakat Cina, India dan Melayu.
“Saya tidak janji namun saya akan lihat permasalah masyarakat India, Cina dan Melayu jika diberikan mandat.
“Apa yang lebih penting 12 Mac semua kena keluar mengundi. Kena pastikan BN kekal jadi kerajaan pada PRN kali ini.
“Saya rayu pengundi MIC pakat keluar undi pangkah dacing. Hari ini kalau saya berjanji itu dan ini tetapi kalau semua tak undi BN apa yang dikatakan tidak akan jadi kenyataan,” katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama pengundi MIC di PDM Teluk Sengat hari ini.
Norliza berkata rakyat telah merasai keperitan selama 22 bulan kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerintah.
“22 bulan kita senggara kita susah dengan ekonominya, jadi sebab itu pada kali ini kita nak mandatkan semula BN jadi kerajaan di Johor.
“Ajak semua ahli keluarga pilih dacing untuk kestabilan masa depan kita. Saya menyeru kepada semua keluar undi untuk kestabilan ekonomi,” katanya lagi.
Discussion about this post