Sejarah yang lalu haruslah diteladani di dalam membuat keputusan yang terbaik untuk negara malah seorang ahli falsafah yang termashur George Santayana pernah berkata bahawa mereka yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya.
Terdapat juga satu ungkapan yang cukup bermakna iaitu sesiapa yang tidak tahu daripada mana di datang, dia tidak tahu kemana dia akan pergi akhirnya dan ungkapan itu sangatlah sesuai dengan senario yang berlaku pada hari ini
MENGIMBAU SEJARAH NEGARA
Negara kita juga sudah mengalami pelbagai cabaran dan ujian di dalam sejarah 63 tahun kemerdekaan negara.
Memetik tulisan Seorang Ahli Majlis Tertinggi (AMT) UMNO, Datuk Seri Shabery Cheek mengenai bagaimana negara menyelesaikan masalah di dalam menentukan siapakah yang lebih layak untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Situasi itu terjadi ekoran kematian Allayarham Tun Abdul Razak, PM Malaysia ke-2 pada tanggal 14 Januari 1976.
Katanya selepas spekulasi bertiup kencang nama Ghazali Shafie (King Ghaz) akan dilantik Timbalan Perdana Menteri .. Ketika itu kedudukan di dalam dalam parti, King Ghaz hanyalah Ahli MKT Umno.
Sedikit sejarah Umno dan negara.
Tahun 1976 negara gempar berita kematian Allayarham Tun Abdul Razak, PM Malaysia ke 2….
Posted by Shabery Cheek on Wednesday, October 28, 2020
Discussion about this post