Tanggal 25 Mac 2021, Polis Diraja Malaysia (PDRM) genap mencapai usia 214 tahun dimana sepanjang tempoh ini pelbagai cabaran telah diharungi pasukan PDRM dalam menjamin keselamatan negara.
Jika dahulu tugas polis adalah menentang ancaman komunis, namun kini tugas mereka lebih mencabar dalam menangani jenayah siber dan rentas sempadan, kata Pengerusi Barisan Nasional, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dalam satu hantaran di laman Facebook beliau pagi ini.
“Tugas pihak polis dalam menjaga keselamatan masyarakat adalah satu perkhidmatan yang mulia dan diberkati Allah SWT.”katanya.
Tambah beliau, diharapkan warga PDRM terus kental dan bersemangat dalam memberi khidmat buat masyarakat dan negara.
Selamat Menyambut Hari Polis Ke- 214 pada tahun ini. Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada.
Discussion about this post