Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak telah berkongsi kenyataan dari James Chin dan Boo-Su-Lyn yang mengatakan beliau lebih optimis dalam menyelesaikan masalah Sapura berbanding dengan Datuk Seri Anwar yang hanya menekankan forensik audit dilakukan ke atas Sapura.
“Saya tidak pernah tolak forensik audit ke atas Sapura dan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pun tak pernah buat forensik audit sebelum mereka menyuntik wang berbilion-bilion ke dalam Sapura untuk menjadi pemegang saham terbesar pada tahun 2019,” kata Najib menerusi posting di Facebooknya.
Dr James Chin yang merupakan lulusan Institut Asia Universiti Tasmania sebelum ini pernah mengkritik Najib, berkongsi pendapat beliau yang mengatakan Najib menang ketika Debat Perdana dan lebih optimis kerana berpandangan segala-galanya boleh diubah.
“Najib lebih optimis, yang berpandangan segala-galanya boleh diubah. Anwar pula lebih menekankan audit forensik audit, mencari salah siapa punca Sapura rugi.
“Tetapi Anwar tak tawarkan penyelesaian. Najib nampak lebih optimis tentang masa depan, bercakap dengan yakin.
“Jadi kalau tanya pendapat awam siapa yang menang, saya katakan Najib,” kata Dr James Chin melalui posting di Twitternya.
Debat Perdana yang berlangsung pada 12 Mei itu berjalan lancar dan mengambil masa lebih kurang dua jam untuk Najib dan Anwar berbalas pendapat melalui isu yang dibentangkan oleh moderator.
Discussion about this post