Tuduhan Pakatan Harapan (PH) yang menyatakan bahawa UMNO gila kuasa adalah tidak berasas.
Perkara itu ditegaskan Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan dalam satu kenyataannya hari ini.
Beliau berkata, perkara tersebut amat tersasar sekiranya ada dalam kalangan PH yang menuduh UMNO gila kuasa.
“Yang menang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 adalah PH, tetapi 22 bulan PH yang berpecah sendiri dan bukannya disebabkan UMNO.
“Janji antara mereka dalam PH tidak ditunaikan. Tiada kena mengena dengan UMNO,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu, kenyataan itu bagi mengulas tuduhan PH yang berlegar bahawa UMNO gila kuasa dan buat segalanya untuk merampas kuasa.
Tambah beliau, PH sesama mereka juga belum boleh memastikan untuk sepakat mengangkat Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri pada kekosongan jawatan itu buat kali kedua dalam penggal ini.
“Pihak mana yang mampu sepakat, pihak itu yang akan ada kelebihan.
“Namun, jika PH sesama sendiri tidak mampu sepakat, dan andai ditakdirkan calon perdana menteri dari parti UMNO yang mendapat cukup sokongan 111, maka mereka (PH) yang perlu mengadili diri sendiri.
“Usah tunding jari (dengan menyalahkan) kepada UMNO,” katanya.
Discussion about this post