Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan baru-baru ini telah menerima jemputan untuk menghadiri persidangan World Economic Forum (WEF) yang berlangsung di Davos, Switzerland.
“WEF adalah persidangan tahunan di mana hampir 3000 peserta dari kalangan pemimpin dunia,” kata Shahril menerusi posting di Facebooknya.
Persidangan tersebut turut dihadiri oleh CEO syarikat-syarikat Fortune 500, ahli ekonomi, ahli sains, aktivitis, wartawan dan beberapa jemputan lain.
Shahril berkata, persidangan itu akan membincangkan isu-isu global dan sepakat mencari langkah-langkah yang boleh diambil bersama menuju ke masa hadapan.
“Tema WEF tahun ini adalah ‘Working Together, Restoring Trust Taking’,” ujar Shahril.
Sharil juga ditemuramah disana sebelum persidangan bermula dan berharap untuk menjalinkan hubungan berterusan masa hadapan bersama WEF.
Discussion about this post