Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN Comms), Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah telah menghadiri Program Libat Urus Pejabat Perikanan Negeri Perikanan Negeri Perak baru-baru ini.
“Dalam program ini, kami melepaskan anak-anak ikan di sekitar Tasek Raban Lenggong,” kata Shamsul menerusi posting di Facebook beliau.
Program ini telah dilakukan bersama dengan Kumpulan Sasar dan diadakan di Dataran Tasik Raban Lenggong.
Selain itu, program melepaskan anak-anak ikan yang dianjur oleh Jabatan Perikanan Negeri Perak turut dihadiri oleh beberapa orang penting termasuk Pengarah Perikanan Negeri Perak.
“Turut dihadiri Pengarah Perikanan Negeri Perak, Puan Hajah Noraisah Binti Hashim, Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan, YB Tuan Haji Razman Bin Zakaria, serta Penolong Pegawai Daerah Lenggong, Encik Khairul Faiz Bin Hanafiah,” kata Shamsul lagi.
Discussion about this post