Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN Comms), Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah meninjau perkembangan pembinaan masjid di Kuala Kenderong Gerik baru-baru ini.
“Bersama Pengerusi dan Jawatankuasa Pembinaan dan Jawatankuasa Pembinaan Masjid Kuala Kenderong Gerik, saya meninjau perkembangan pembinaan masjid ini dan melihat isu-isu yang berbangkit,” tulis Shamsul melalui posting di Facebooknya.
Pembinaan masjid tersebut bernilai RM2 juta bermula pada Mac 2022 megikut keputusan bersama yang dicapai oleh Shamsul dan pihak yang terlibat seperti YB Adun Kenering, Pegawai Tadbir Agama Gerik serta Setiausaha Pembinaan Masjid.
Dalam masa yang sama, Shamsul turut berkesempatan menghadiri sesi Libat Urus Jabatan Perikanan Perak bersama MyKP Pulai Belayar Gerik.
“Selain membangunkan kerja tradisi nelayan, para nelayan di sini juga akan dibantu agar berniat dalam aktiviti agro pelancongan,” kata Shamsul.
Shamsul berkata, Gunung Pupuk boleh digunakan dalam menjalankan niat tersebut memandangkan gunung tersebut adalah kelebihan utama.
Discussion about this post