Sidang Dewan Rakyat hari ini dipendekkan dan akan tamat pada 1 tengah hari ini selepas kakitangan Dewan Negara disahkan positif Covid-19, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan.
Usul penangguhan dikemukakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Takiyuddin Hassan menurut Peraturan Mesyuarat 12(1) dan disokong oleh Menteri Perumahan dan kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin.
Keputusan itu diambil selepas mesyuarat tergempar pada 10.30 pagi yang dihadiri oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun & ketua-ketua Whip parti dan wakil Ketua Pengarah Kesihatan yang membincangkan beberapa ketetapan norma baharu persidangan.
“Majlis mesyuarat akan disambung semula pada 10 pagi esok,” katanya di Dewan Rakyat.
Dewan kini sedang membahaskan Rang Undang-Undang Koperasi (Pindaan) 2020 untuk bacaan kali kedua
Discussion about this post