Presiden MCA, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong telah menghadiri Majlis Perasmian Sidang Kemuncak Penerbangan Changi 2022 (Changi Aviation Summit 2022) di Pusat Konvensyen dan Ekspo Sands bersama dengan Menteri-Menteri Pengangkutan negara ASEAN, hari ini.
“Sidang Kemuncak yang dianjurkan bersama oleh Kementerian Pengangkutan Singapura dan Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) ini akan fokus kepada pemulihan ekonomi global menerusi kesalinghubungan udara serantau dan antarabangsa,” kata Wee Ka Siong menerusi posting di Facebooknya.
Menteri Pengangkutan Singapura, TYT S.Iswaran dalam sidang yang bertemakan ‘Readying for Take-off: A Brighter & Cleaner Tomorrow’ itu menggesa agar semua pemegang taruh mencari langkah untuk memudahkan pergerakan udara untuk menghidupkan semula sektor penerbangan dan kesalinghubungan udara.
Turut hadir pada persidangan itu ialah Presiden Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), Encik Salvatore Sciacchitano, Ketua Pengarah Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), Encik Willie Walsh dan Ketua Pengarah Majlis Lapangan Terbang Antarabngsa (ACI), Encik Luis Felipe de Oliveira.
Menurut Wee Ka Siong, mereka juga menyampaikan ucaptama kepada 300 orang perwakilan dan delegasi dari 45 negara yang hadir.
Discussion about this post