Solidariti UMNO dan Barisan Nasional (BN) terpancar melalui kelulusan Belanjawan 2021.
Itu kata ringkas Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi malam tadi
“Alhamdulillah. Keputusan parti melalui MT (Majlis Tertinggi) UMNO yang menyokong Bajet 2021 dengan dua syarat telah diperakui sepenuhnya,” katanya dalam Facebooknya hari ini.
Sebelum itu, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk bersama pimpinan UMNO dan BN memberi syarat kelulusan belanjawan hanya akan disokong sekiranya kerajaan meluluskan pengeluaran akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan pelanjutan moratorium.
Beliau juga mengetuai rombongan pimpinan UMNO mengadakan pertemuan dengan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Zafrul Abdul Aziz berbincang mengenai belanjawan beberapa hari lalu

Dalam pada itu Ahmad Zahid turut mengucapkan terima kasih di atas penghargaan yang diberikan kepada dirinya, Bossklu ( Datuk Seri Najib Tun Razak) dan semua Ahli Parlimen UMNO dan BN yang telah memperjuangkan isu-isu rakyat sewaktu perbahasan belanjawan 2021.
‘Kebersamaan kita sebenarnya yang memberi semangat kepada kami semua untuk menjadi penyambung lidah kepimpinan di setiap peringkat & ahli-ahli UMNO serta rakyat. Suara Rakyat Suara Keramat !!! katanya lagi,
Discussion about this post