Wanita hari ini menghadapi pelbagai cabaran yang amat besar terutamanya ketika dunia sedang dilanda pandemik COVID-19 sekarang. Mereka yang bergelar pekerja mahupun majikan mengalami tekanan susulan kehilangan pekerjaan dan pengurangan pendapatan.
Tetapi tekanan yang dihadapi tidak terhenti di situ kerana kebanyakan wanita negara ini, sama ada bekerja atau tidak, merupakan pengurus hal ehwal rumah tangga, termasuk kerja rumah serta kewangan keluarga ulas Ketua Wanita MCA Kebangsaan, Datuk Heng Seai Kie.
Katanya Pekerjaan di luar sudah banyak berkurangan, tetapi hal ini tidak pernah terjadi kepada kerja rumah, malah ia bertambah banyak apabila kebanyakan ahli keluarga duduk di rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
” Di sebalik kerja rumah yang bertimbun, wanita juga terpaksa memastikan ahli-ahli keluarga yang sebelum ini belajar atau bekerja di luar tidak bosan serta mengalami tekanan mental, malah menjadi kaunselor atau pendamai ketika ahli-ahli keluarga berkelakuan pelik akibat PKP seperti mudah ‘naik angin”.
Isu-isu wanita seperti diskriminasi dan gangguan seksual selalunya diabaikan apabila negara menghadapi isu-isu besar seperti pandemik dan kemelesetan ekonomi yang berlaku sekarang.
Namun kita bersyukur kerana keadaan sedang beransur pulih apabila kita sedang melalui fasa pemulihan menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
Justeru itu, golongan wanita mestilah cekal dan tabah sebagaimana yang ditunjukkan sejak berzaman untuk terus membantu keluarga dan negara mengharungi waktu sukar ini. Apa yang penting, wanita perlu terus bersolidariti dalam memperjuangkan isu-isu berkaitan wanita, tanpa mengira perbezaan agama, bangsa mahupun fahaman politik. Sumbangan dan pengorbanan para wanita amatlah besar serta patut diteruskan.
Selamat Hari Wanita!
‘Wanita waja negara, wanita bangkit mendepani cabaran’
#HariWanita2021
#WanitaBangkitMendepaniCabaran
#WanitaWajaNegara
#HormatiWanita
#HW2021
#IWD2021
-MCA online-
Discussion about this post