Ibarat meludah ke langit, itulah perumpaan yang boleh diberi kepada Solihan.
Apabila beliau membangkitkan isu Imbuhan dan tawaran jawatan. Rakyat semua nampak jelas, setiap Ahli Parlimen UMNO yang dicuri oleh PPBM mendapat habuan jawatan. Hamzah Zainuddin, Mutapha Mohamad, Latif Ahmad, Ikmal dan ramai lagi. Semuanya di sogok dengan jawatan dan imbuhan. Inilah bentuk Rasuah Politik yang paling jijik.
Solihan berkata jangan percaya Ahli Parti PPBM yang keluar dari PPBM, adakah berita Mazlan Bujang tidak benar, adakah berita 1,000 ahli PPBM serta pengasas PPBM di Muar keluar juga tidak benar. PPBM terus cuba menipu ahli mereka bahawa parti itu semakin hilang keyakinan akar umbi. Menunggu masa untuk di kuburkan.
Solihan tidak mahu faham, pengkhinatan Politik yang mengemparkan dunia bermula dari tindalan Muhyddin demi jawatan Perdana Menteri, beliau mengerakan politik Tikam Belakang dan memberi rasuah politik paling keji dalam Dunia.
PPBm diwujudkan bukan untuk memperjuangkan rakyat, mereka yang berada didalamnya semua berpaksikan keuntungan peribadi serta gilakan jawatan ADUN ataupun Ahli Parlimen.
Scheme Of Things yang diajar Muhyddin kepada ahli PPBM semuanya berasaskan Imbuhan Peribadi. Bapa Borek Anak Rintik, itulah hasil di dalam PPBM hari ini.
Razlan Rafii
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO
Discussion about this post