Tiada sebarang kertas siasatan dibuka bagi menyiasat jika berlaku kesalahan politik wang sepanjang berlangsung Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akhir November lalu.
Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka, Mohd Shahril Che Saad yang mengesahkan perkara itu berkata, ia susulan pihaknya tidak menerima sebarang laporan daripada individu mahupun parti politik berhubung sebarang salah guna atau kegiatan politik wang sepanjang proses pilihan raya itu berjalan.
“Untuk makluman, kita tak ada kertas siasatan yang untuk PRN (Melaka) kali ini.
“Tidak ada kertas siasatan dibuka, malahan kita pun tidak terima maklumat yang boleh menyiasat, kita tidak ada terima,” katanya memetik laporan media.
Tambah Mohd Shahril, pihaknya sentiasa memantau perjalanan kempen PRN Melaka bermula tarikh penamaan calon sehingga hari pengundian.
Discussion about this post