Kerajaan Negeri Melaka memerlukan seorang calon yang mampu meletakkan noktah kepada kemelut politik di negeri itu.
Bagaimanapun timbul persoalan siapa yang layak menerajui kerajaan negeri Melaka sebenarnya?
Menurut seorang penganalisis politik, Raziq Michael sebagai calon ketua menteri yang berwibawa, individu itu perlulah mempunyai beberapa ciri.
Antaranya tidak mempraktikkan politik dendam sehingga menjatuhkan kerajaan negeri sendiri demi mengejar jawatan.
Sebagai Ketua Menteri, beliau harus memberi peruntukkan kepada semua adun termasuk yang bukan dalam kerajaan dalam tempoh 100 hari memegang jawatan tersebut.
Dalam masa yang sama individu tersebut katanya perlu menjanjikan ruang kepada anak muda dalam pentadbiran negeri dengan meminda perlembagaan negeri dengan melantik 5 ADUN tambahan termasuk wakil belia dan NGO.
Selain itu, ketua menteri itu perlu mempunyai pemikiran yang optimis dalam menyasarkan pelaburan sebanyak RM5 bilion dan seterusnya menjadi pemboleh ubah kepada jumlah peluang pekerjaan dan perniagaan untuk dikecapi rakyat negeri Melaka.
Sehubungan itu, beliau berpendapat Datuk Seri Sulaiman Md. Ali yang paling layak dan calon tunggal memegang jawatan Ketua Menteri Melaka tanpa ragu-ragu lagi.
Ini kerana Sulaiman dilihat mampu menjadi kunci kepada politik matang dan kestabilan politik jangka panjang di negeri Melaka.
Discussion about this post