Datuk Seri Sulaiman Md Ali dinamakan sebagai calon Ketua Menteri Melaka dan calon tunggal sekiranya parti itu diberi mandat untuk membentuk kerajaan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Ini kerana calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu itu dilihat sebagai pemimpin yang disenangi rakyat Melaka.
Selain itu Sulaiman dilihat layak untuk terus menerajui Melaka berikutan rekod bersihnya sepanjang mentadbir negeri ini.
Sebelum ini Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan sendiri mengumumkannya dan ia turut mendapat sokongan daripada Penasihat BN, Datuk Seri Najib Razak.
Sehubungan itu, Mohammad Hassan berharap rakyat Melaka bijak memilih parti yang layak memimpin negeri berkenaan.
Ini kerana tegasnya, perkara menjadi keutamaan adalah kerajaan negeri yang bakal dibentuk lebih stabil dan bebas daripada sebarang ancaman pemimpin yang berpaling tadah.
Discussion about this post