Tuesday, September 28, 2021

Suntikan vaksin kosong: Hanya satu kes kecuaian berlaku disebabkan keletihan – Khairy

"Saya telah bincang dengan PDRM berkenaan perkara ini. Setakat hari ini menunjukkan bahawa laporan polis yang dibuat tiada kaitan langsung dengan kes kononnya berlaku suntikan kosong dengan sindiket jualan vaksin. "Ada siasatan dibuat sindiket jualan vaksin, polis memaklumkan setakat ini tiada kaitan kes suntikan kosong dengan penjualan vaksin.

BACA JUGA

PUTRAJAYA: Sebanyak 13 laporan polis telah dibuat berhubung isu suntikan vaksin kosong seperti mana yang didakwa beberapa pihak sebelum ini.
Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, bagaimanapun hanya satu kes disebabkan kecuaian manakala selebihnya tiada bukti yang kukuh seperti didakwa.
“Saya telah bincang dengan PDRM berkenaan perkara ini. Setakat hari ini menunjukkan bahawa laporan polis yang dibuat tiada kaitan langsung dengan kes kononnya berlaku suntikan kosong dengan sindiket jualan vaksin.
“Ada siasatan dibuat sindiket jualan vaksin, polis memaklumkan setakat ini tiada kaitan kes suntikan kosong dengan penjualan vaksin.
“13 kes telahpun dibuat laporan polis. Ada beberapa kes selesai disebabkan salah faham dan telah dipadamkan media sosial pengadu,” jelasnya dalam sidang media harian PICK pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Khairy memaklumkan bahawa terdapat satu kes melibatkan kecuaian jururawat di Kem Lapangan Terbang Sungai Petani baru-baru ini.
“Ada kes pengadu buat laporan polis kerana tangan tidak lenguh dan tiada kesan sampingan vaksin. Kesan sampingan ini berbeza daripada satu orang ke satu orang lain.
“Untuk kes di Sungai Petani, iaitu di Kem Lapangan Terbang Sungai Petani, ini satu-satunya kes jururawat telah mengaku telah berlaku kecuaian disebabkan keletihan jururawat tersebut.
“Amaran telah diberi kepada jururawat tersebut oleh Panglima Tentera Darat. Jururawat itu akan melalui tindakan tatatertib di bawah KKM,” jelasnya lagi.
Manakala dua lagi kes di PPV di Banting dan MITEC, Kuala Lumpur, ujar Khairy lagi, adalah disebabkan kekeliruan petugas kesihatan apabila dos tambahan diberikan kepada penerima.
Bagaimanapun, tegas Khairy, kadar kes yang dilaporkan sangat rendah berbanding lebih 16 juta dos yang diberikan kepada rakyat ketika ini.
Justeru, beliau menyeru kepada semua rakyat agar terus memberi semangat kepada petugas barisan hadapan yang telah bertungkus-lumus dalam peperangan menentang COVID-19.

Related Posts

Next Post

Discussion about this post

BERITA TRENDING

PILIHAN EDITOR

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Add New Playlist