Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said cuba mengingatkan rakan sejawatnya mengenai pertemuan mereka bersama Agong pada 29 Jun lalu melalui satu ciapan di Twitter.
”Surat bertarikh 9 Ogos 2021 salinannya kepada kita berdua, dah baca ke belum @hjrashidjohor,” katanya.
Ahli Parlimen Pengerang itu dipercayai merujuk kepada surat yang didakwa daripada Istana Negara kepada Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berhubung status terkini bilangan sokongan ahli Dewan Rakyat bertarikh 9 Ogos 2021.
Dalam ciapan yang sama Azalina turut mengingatkan Abdul Rashid bukankah mereka juga bertemu Yang di-Pertuan Agong beramai-ramai pada 29 Jun yang lalu.
Ini kerana Abdul Rashid dalam satu kenyataan kepada portal berita dilaporkan berkata, bukanlah satu precedent atau duluan untuk YDPA berkomunikasi secara terus dengan Speaker Dewan Rakyat berkaitan hal ehwal Parlimen.
“YB bukan kita jumpa YDPA ramai ramai pada 29 Jun 2021 ke?” Katanya
Di bawah surat itu memaklumkan salinan kepada ketua Setiausaha Negara, Speaker Dewan Negara, dan timbalan-timbalan speaker iaitu Azalina dan Abdul Rashid.
Turut tular surat Azhar kepada Istana Negara bertarikh 10 Ogos memaklumkan tentang sokongan ahli-ahli Dewan Rakyat, bagaimanapun Speaker Dewan Rakyat itu kemudian menafikan beliau menulis surat tersebut.

“YB bukan kita jumpa YDPA ramai ramai pada 29 Jun 2021 ke?” Katanya.
Di bawah surat itu memaklumkan salinan kepada ketua Setiausaha Negara, Speaker Dewan Negara, dan timbalan-timbalan speaker iaitu Azalina dan Abdul Rashid.
Turut tular surat Azhar kepada Istana Negara bertarikh 10 Ogos memaklumkan tentang sokongan ahli-ahli Dewan Rakyat, bagaimanapun Speaker Dewan Rakyat itu kemudian menafikan beliau menulis surat tersebut.
Discussion about this post