Ketua UMNO Bahagian Pendang, Datuk Suraya Yaacob telah dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said.
Lantikan tersebut diumumkan oleh Ketua UMNO Bahagian Maran, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin, hari ini.
“Sekalung tahniah kepada sahabat saya YB Datuk Suraya Yaacob, Ketua Umno Bahagian Pendang yang telah dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada YB DS Azalina Menteri Undang-Undang.
“Mengenali kedua-duanya sejak 22 tahun lalu, saya yakin gandingan kedua-dua mereka bakal sedikit sebanyak membantu melakar garis baru lanskap politik UMNO akan datang,” kata Shahaniza menerusi hantaran di Facebooknya.
Tegas beliau, kini sudah tiba masa untuk UMNO memberi ruang dan peluang yang lebih luas serta peranan yang lebih penting kepada tokoh-tokoh wanita dimana berkemampuan bekerja lebih baik dari sesetengah pemimpin lelaki.
Dalam masa yang sama, sejarah sebelum ini juga telah membuktikan peranan serta ketokohan pemimpin wanita mampu menerajui sesebuah tamadun.
“Oh, saya bukan feminist tapi saya cuma mengharapkan tiada lagi lelaki yang memandang rendah keupayaan kaum Wanita. Kepada my dear friend Sue, lets rock babes!,” tambahnya lagi.
Tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Suraya Yaacob di atas lantikannya daripada warga BN Comms.
Discussion about this post