Tersebar dalam group Whatsapp kononnya berita seperti berikut :
“A BN candidate went election canvassing but was blocked by villagers who questioned him of his promise during the 14th General Elections. He couldn’t answer. Well done ‼️Sabahans. You all have finally woke up”
Itulah yang dipropagandakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dalam media sosial.
Baca pun sudah tidak logik akal. Bila masa pula BN menjadi kerajaan di Sabah dan Putrajaya? Bukankah kerajaan yang menang itu adalah Warisan dan PH?
Kerajaan Warisan dan PH lah yang suka berjanji dan tidak menunaikan janji-janji dalam manifesto mereka.
Malah, tuduhan yang mengatakan calon BN dihalang itu adalah tidak benar, kerana yang berhadapan dengan sebilangan penduduk kampung itu bukanlah calon BN tetapi adalah Ahli Parlimen BN daripada Kuala Lipis.
Ternyata orang yang buat propaganda jahat ini sememangnya tidak tahu hujung pangkal cerita pun.
Asyik hendak buat cerita karut sahaja. Apa yang terjadi adalah seperti berikut ;
Pada 17 September 2020 di Kampung Sukau, YB Timbalan Menteri KPLB hadir untuk menyelesaikan satu projek tergendala di bawah Felcra. Ianya melibatkan 123 rumah tergendala melibatkan ahli-ahli koperasi Felcra di situ.
Permohonan pinjaman mereka tergendala akibat Perintah Kawalan Pergerakan pada Mac 2020 . Kelulusan pinjaman mereka telah pun diluluskan tetapi lambat diproses disebabkan disbursement of the loan based on progress of works.
Difahamkan pula ada kalangan ahli koperasi adalah penyokong parti politik dan mereka sengaja menjadikan kehadiran YB Timbalan Menteri ke situ sebagai salah satu acara demonstrasi mereka.
Mungkin ada yang tidak kenal mana satu calon BN dan Timbalan Menteri, jadi mereka terus sahaja buat propaganda untuk memburukan sesiapa sahaja yang pakai baju Barisan Nasional.
Inilah taktik lapuk Warisan dan PH, tolak mereka pada 26 September ini di kertas undi.
Discussion about this post