Sebagai menyahut seruan Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk menampilkan muka baharu dalam Pilihan Raya Umum (PRU15) akan datang, Pengerusi UMNO dan BN Selangor sedia untuk memenuhinya.
Pengerusinya, Tan Sri Noh Omar berkata, perubahan itu perlu dilakukan bagi meneruskan momentum kemenangan parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor.
“Dua kumpulan ini mesti ada, yang veteran dan muda, kalau tiada yang lama, maka tiada yang muda.
“Jadi yang muda kita perlu kerana mungkin zaman sudah berubah dan kita mesti ada kesinambungan untuk memastikan ada pelapis.
“Selangor pun sama, Insya-Allah kita akan lihat kita juga akan tonjol pemimpin-pemimpin muda,” katanya memetik laporan media.
Sabtu lalu, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan parti itu akan meletakkan 70 peratus muka baharu sebagai calon PRU15.
Ahmad Zahid berkata, ia bersandarkan perubahan yang berlaku dalam PRN Melaka dan Johor.
Bagaimanapun konsep Winnable, Acceptable Likeable (Wali) akan dipertimbang dan dirunding bersama kepimpinan parti dan ketua bahagian parti itu.
Discussion about this post