Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis mengakui telefon miliknya digodam pihak tidak bertangungjawab.
Mohammad Jailani berkata, beliau tidak tahu bagaimana perkara itu berlaku dan meminta pengodam menghentikan perbuatan yang tidak bermoral itu.
“(telefon) saya sendiri digodam, jadi kalau nak kata soal godam ni semua orang kena godam, tak tahu saluran mana,” katanya kepada media selepas selepas selesai membuang undi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dol Said hari ini.
Muhammad Jailani berkata demikian bagi mengulas mengenai dakwaan tiga calon Pakatan Harapan (PH) bahawa telefon mereka telah digodam.
Sehubungan itu, Muhammad Jailani menasihatkan agar budaya-budaya barat yang diterapkan dalam masyarakat dapat dihentikan.
“Saya nasihatkan lah para penggodam kalau nak buat tu, buat benda yang baik-baik lah.
“Kesopanan dan kesusilaan ni satu perlembagaan negara yang kita harus patuhi,” jelasnya.
Discussion about this post