Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menghadirkan diri di Mahkamah Shah Alam bagi perbicaraan kes beliau.
“Meneruskan sesi membersihkan nama mencari keadilan di Mahkamah pagi ini di Shah Alam,” kata Zahid menerusi posting di Facebooknya pagi ini.
Sebelum ini, Zahid diperintah membela diri terhadap pertuduhan rasuah, pecah amanah yang melibatkan dana milik Yayasan Akalbudi.
Dalam kenyataan membela diri beliau terdahulu, Zahid mengakui hanya menggunakan RM40,000 daripada pendapatan beliau sendiri termasuk gaji, elaun dan bonus sebagai kegunaan sendiri dan selebihnya disalurkan ke dalam yayasan tersebut.
“Terima kasih kepada semua yang tidak jemu mendoakan dan memberi sokongan. Kebenaran yang tersembunyi dari mata manusia, kita serahkan pada Allah,” ujarnya lagi.
Discussion about this post