Nama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) tidak lagi asing dalam kalangan pelajar dan ibu bapa yang menabung dalam Sijil Simpanan Pendidikan Negara (SSPN).
Inilah yang diperjuangkan zaman Barisan Nasional memerintah.
Namun menurut Bekas Pengerusi PTPTN yang juga Pengarah Komunikasi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah apa yang dimomokkan oleh Pengerusi PTPTN ketika ini, Wan Saiful Wan Jan ternyata hanya retorik semata-mata dan tiada sebarang pembaharuan yang dilakukan melainkan menyambung legasi yang dirangka oleh BN.
“Kalau kita imbas kembali kisah lalu. Ini lah orangnya yang membuat pelbagai ulasan negatif mengenai PTPTN.
“Pelbagai cadangan tidak masuk akal dan tidak praktikal beliau utarakan. Dalam Manifesto PH macam-macam cadangan beliau.
“Akhirnya apabila dia mengambil alih PTPTN daripada saya, apa pembaharuan yang beliau buat ? Tak nampak apapun melainkan menyambung apa yang BN lakukan dahulu,” sindir Shamsul.
Tambah beliau, ketika PTPTN dibawah kendaliannya mana-mana pelajar yang mendapat sijil Ijazah kelas pertama akan dikecualikan bayaran namun ketika PH memegang kerajaan ia dihapuskan sama sekali.
Jadi di mana janji PH kononnya bela nasib rakyat!
“Sebenarnya waktu BN, mana-mana peminjam yang mendapat 1st Class di peringkat Ijazah akan dikecualikan bayaran.
“Namun Kerajaan PH meminda dasar itu yang akhirnya tidak semua pelajar mendapat kemudahan itu.
“Itulah jasa individu ini,” sindir Shamsul lagi.
untuk rekod, PTPTN ditubuh hasil cadangan Pemuda UMNO Malaysia ketika membentang usul di Perhimpunan Agung UMNO yang mencadangkan agar Kerajaan BN mewujudkan satu dana pinjaman pendidikan.
Maka lahirlah PTPTN dan ia memberi manfaat kepada pelbagai pihak.
Discussion about this post